Monday, January 25, 2010

Comelkan Kucing Aku NI...




Hanya sekadar nak isi kan gambar2 dalam blog ini. Semakin hari semakin sebok iadia pun dah kkering kongtang ni.......

Sempat Berjumpa Dengan 9w2KKK Dan 9w2CEY....




Motor Dah Cantik Jadi Macam Ni Pulak...







Setiap Hari Motosisikal Jadi Mangsa Kecelakaan...

Jadi yang naik mator 2 ingat2 la ye....

Monday, January 11, 2010

Cinta Kita, Cinta Perjuangan!

"Enti menangis..?"
"Untuk apa ana menangis, bukankah enta selalu pesan, jangan menangis kerana manusia."
"Habis, mata enti berair?"
"Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair."
Aku tersenyum. Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan 'masuk habuk' yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.
"Ana tahu enti menangis.."
"Tidak…!! Tak faham-faham ke?!" Dia tiba-tiba membentak.
"Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama.." "Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap enta tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…"
"Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?"
"Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah.."
"Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?" Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.
"Enta punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum.." Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?

…………………………………………

"Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!" Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya. "Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?" Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.
"Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?" Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap 'hangat' pada malam ini.
"Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai'ah? Bezanya, bai'ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!"
"Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?"
"Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu." "Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz." Dia menamatkan 'soalannya' lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.

………………………………………

"Kau kenal dia Abdullah?" Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.
"Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!" Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.
"Jawab soalan aku dulu.."
"Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…" Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.


"Jawab soalan aku dulu.." Aku memohon untuk kali kedua.
"Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan 'kalah' dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!"
"Jawab soalan aku dulu.." Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.
"Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… "
"Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan."
"Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka.." Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.
"Lagi.. negatifnya?"
"Negatifnya.. banyak.." Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,
"Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu."
"Apa dia..? Negatifkah?"
"Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi."
"Gerakan militankah?"
"Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat 'hazar' yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!"
"Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?"
"Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!"
"Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?" Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.
"Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai'ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!"

…………………………………………

Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?
"Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?"
"Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.
"Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya." Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.
"Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya' ana sudah mempunyai 'ikatan' di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti." Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.
"Ustaz tidak main-mainkan ana?"
"Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain."
"Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana.." Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi 'perisik'ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.

…………………………………………

Sudah lima bulan aku di bumi ambiya', suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya' ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..
"Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar.." dan dia akan terus menyambung, "Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut.."
Dan biasanya aku akan 'cemburu' dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku. Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Ciber Café yang menjadi rumah 'kedua'ku. Ku buka laman web Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku, "SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV' Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej : "you have 1 unread message' namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan. "Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. 'Dia' yang kau amanahkan padaku untuk 'tengok-tengok' telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah 'dia', tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!" Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,
"Akhi, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!"
Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!
The End~ Wassalam~


"Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama. Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata. yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat ruhani, sempurna hati. Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat. Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana ana serikandi dengan silam yang kelam. Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia. Dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, ana redha ketetapan Ilahi"

INDAHNYA MALAM PERTAMA....

Indahnya malam pertama kita

Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Untuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkahwinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu...mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah gontai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Untuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan ketika 7 langkah telah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya.

Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita kan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...
Dan tak seorangpun yang tahu....


Ini khusus buat teman teman tersayang yang dapat merasakan dan menyadari bahwa kita ini sedang menanti untuk merasakan ''malam pertama'' kita. Anehnya terkadang kita tak pernah risau atau ketakutan akan malam itu. Bahkan tak pernah menangis dan berpasrah atas nama ALLAH. Betapa bongkaknya. May ALLAH bless us always!!

Kekasih...

Kekasih... cintaku pd manusia
atas dasar apa?
puas ku cari..
dari setiap ceruk
kiri dan kanan, atas dan bawah..
atas nama keikhlasan atau sebaliknya

tujuh tahun
sebuah penantian
sabar meniti dari satu tahun ke tahun berikutnya
membilang hari bersejarah
yg tak kunjung tiba
bagai pungguk rindukan bulan

bukan ku pinta...
bukan ku cipta...
bukan ku paksa...
tapi naluriku
yg diciptakan Allah
hanya untukmu

Dugaan hidup aku tempuhi
onak dan duri aku redahi
berbekalkan doa ibu dan ayah
serta dorongan abg dan adik
dengan harapan
aku terus di hadapan

namun...
perjalanan ku berliku
bila mana kau datang
sebagai kekasih
yg hanya bertamu di hati
tidak di bibir
kerana....
yg ku harapkan cinta yg halal
bkn yg duniawi
seperti kau pernah rasai
suatu ketika dahulu

jujurku disini
kaulah yg pertama..
dan ku berdoa moga
kau jualah yg terakhir
doa dipanjat keheningan malam
bacaan quran ku kirimkan
agar kau berbahagia
di dunia dan akhirat

semoga kau yg terbaik untuk ku
duniaku dan akhiratku...
sungguhpun kau tidak tahu
siapa aku....

Rahsia Isteri Lumpuh, Pekak, Buta dan Bisu...

"Indah sungguh suasana di tepi sungai ini. Airnya mengalir tenang dan angin bertiup lembut. Biarlah saya duduk di sini berzikir kepada Allah," kata Abu Salleh Jangi Dost sendirian lalu melabuhkan punggungnya ke tebing sungai. Sungai itu terletak di sebuah pekan kecil bernama Jilan. Jilan adalah sebuah pekan kecil yang di negeri Parsi. Di situlah tempat tinggal Abu Salleh. Beliau berasal daripada keturunan Imam Hassan, salah seorang cucu Nabi Muhammad.

Semasa Abu Salleh sedang berzikir, dia terpandang sebiji epal yang hanyut di bawa arus sungai. Perutnya yang memang belum diisi sejak semalam berbunyi beberapa kali. "Mungkin ini rezeki saya," bisik Abu Salleh kepada dirinya sendiri lalu mengambilnya. Tanpa bertangguh lagi, beliau mengharungi sungai cetek itu dan mencapai buah epal yang dibawa arus. "Inilah rezeki saya hari ini." Abu Salleh memakan epal itu sehingga habis.

Tiba-tiba, beliau berdiri dengan wajah pucat lesi. "Saya memakan epal ini tanpa izin tuannya. Milik siapakah epal ini?" Anak muda itu merenung seketika ke arah hulu sungai. "Tentu pemilik epal ini berada di hulu sungai." Sebaik sahaja menarik nafas, kakinya melangkah menyusur tebing sungai menghala ke hulu sambil memerhati ke sekeliling kanan dan kiri sungai sekiranya ada pokok epal di situ. Jauh beliau berjalan meninggalkan pekan Jilan yang sudah tidak kelihatan lagi. "Langsung tidak kelihatan walau sepohon pokok epal."

Kakinya semakin lemah. Namun, beliau terus melangkah sehingga akhirnya sampai ke sebuah ladang epal yang sangat luas. "Syukurlah! Akhirnya saya menemui sebuah ladang epal. Saya yakin epal yang saya makan tadi datang dari ladang ini. Lebih baik saya segera menemui tuannya." Abu Salleh melangkah lemah terus memasuki ladang epal dan menemui pemiliknya. Pemilik itu bernama Sheikh Abdullah Sawmai berasal dari keturunan Imam Hussin, salah seorang cucu Nabi Muhammad juga.

"Saya memohon maaf dan mohon dihalalkan sebiji epal yang saya makan," pinta Abu Salleh kepada Sheikh Abdullah. Beliau menceritakan segala hal keterlanjurannya memakan sebiji epal tanpa usul periksa siapa pemiliknya. Sheikh Abdullah mendengar dengan teliti setiap apa yang diceritakan kepadanya. Matanya memerhati dari hujung rambut hingga hujung kaki sepanjang Abu Salleh bercerita.

Sebaik sahaja Abu Salleh habis bercerita, Sheikh Abdullah tersenyum. Syeikh Abdullah menarik nafas panjang dan berkata, "Saya dapat memaafkan saudara dengan satu syarat." "Katakanlah apa syarat itu? Saya cuba memenuhinya," jawab Abu Salleh. "Saya mahu saudara bekerja di ladang epal ini selama dua belas tahun." Tanpa banyak soal, Abu Salleh menganngguk dan menyatakan persetujuannya. Keesokan harinya, bekerjalah Abu Salleh di ladang epal milik Sheikh Abdullah itu sehingga dua belas tahun lamanya. Akhirnya, tamatlah tempoh dua belas tahun lalu Abu Salleh menemui Sheikh Abdullah. "Saya sudah menunaikan syarat tuan. Halalkan epal yang saya makan itu."

"Saya mengenakan satu lagi syarat kepada saudara." Balas Abu Salleh, "Katakanlah syarat itu, saya tunaikan." "Syaratnya adalah saudara mesti mengahwini puteri saya." Terkebil-kebil mata Abu Salleh mendegar syarat kedua yang dituturkan pemilik ladang epal itu. "Tetapi biarlah saya berterus terang berkaitan dengan keadaan puteri saya itu." "Katakanlah. Saya cuba patuhinya." "Puteri saya bernama Ummu Khair Fatimah. Dia seorang yang lumpuh, pekak, buta dan bisu. Mahukah saudara mengahwini puteri saya itu sebagai syarat kedua?" Abu Salleh memandang ke arah Sheikh Abdullah dan memberikan sebuah senyuman. "Saya mengahwini puteri tuan sekiranya tuan menghalalkan sebiji epal yang saya makan tanpa izin dua belas tahun yang lalu.

"Pada hari yang ditetapkan, majlis perkahwinan antara Abu Salleh dan Ummu Khair dilangsungkan. Pada malam perkahwinan, Abu Salleh masuk ke bilik pengantin dan memberi salam kepada isterinya yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Sebaik sahaja isterinya menoleh menyambut salamnya dan melihat ke arahnya, Abu Salleh terkejut. "Bukankah bapa mertuaku mengatakan isteriku seorang yang lumpuh, buta, pekak dan bisu?" Abu Salleh tersentak.

Beliau segera beredar meninggalkan bilik pengantin yang dihias indah merayakan pernikahan mereka lalu berlari ke ruang tamu mencari bapa mertuanya. "Adakah perempuan lain di dalam bilik pengantin?" Sheikh Abdullah tersenyum, "Perempuan yang berada di dalam bilik pengantin itulah puteri saya, Ummu Khair Fatimah." "Bukankah isteri saya lumpuh, buta, pekak dan bisu?

"Sheikh Abdullah mengangguk dan tersenyum. "Saya mengatakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat maksiat. Saya mengatakan dia pekak kerana dia tidak pernah mendengar perkara terlarang. Saya katakan dia buta kerana tidak pernah melihat perkara yang haram dan saya mengatakan dia bisu kerana dia tidak pernah menuturkan perkara yang sia-sia."Wajah Abu Salleh yang kebingungan kemudian berseri-seri. Bibirnya mengukir seribu senyuman mendengarkan kata-kata Sheikh Abdulah. Abu Salleh menadah tangan, "Ya Allah, hamba mengucapkan syukur yang tidak terhingga." Hasil perkahwinan Abu Salleh dan Ummu Khair Fatimah ini lahirlah seorang ahli agama yang terkenal diberi nama Sheikh Abdul Kadir Jailani. Beliau digelar Mahyuddin yang bermaksud menghidupkan agama.

indahnya seorang wanita itu bukan hanya kerana tinggi ilmunya, bukan jua kerana cantik rupa parasnya.. namun kerana akhlaknya, indah budi bicaranya.. =)

Kalimah Cinta...

Kalimah Cinta
Mulakan sesuatu dengan…
بسم الله الرحمن الرحيم
[bis millah rahman niirahiiim]
~dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~

Apabila merancang sesuatu…
انشا الله
[insha- Allah]
~jika di izinkan Allah~

Memuji sesuatu…
الحمد لله
[alham-dulillah]
~segala puji bagi Allah~

Apabila dipuji…
هذا من فضل ربي
[haza min fadli rabbi]
~inilah kelebihan Tuhanku~

Dalam kesakitan dan tekanan…
يا الله
[ ya Allah]
~wahai Allah~


Apabila menzahirkan penghayatan…
مشا ألله
[masha-Allah]

Apabila mahu mengucapkan penghargaan…
جزاك ألله خيرا كثيرا
[jaza-kallahu-khairan kathira - utk lelaki
jaza-killahhu- khairan kathira - utk perempuan]
~semoga Allah membalasnya dengan kebaikan yang banyak~

Apabila terjaga dari tidur…
لا اله الا الله محمد رسول الله
[La ila ha illa Allah, Muhammadur Rasulullah]
~Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah utusan Allah~

Apabila menyatakan sumpah…
والله
[Wallah-i]
~Demi Allah~

Apabila terbersin..
الحمد الله
[Al-hamdulillah]
~segala puji bagi Allah~

Apabila orang lain terbersin…
يرحكم الله
[yarhamu-ka-llah ~utk lelaki
yarhamu-ki-llah~utk perempuan]
~semoga Allah merahmati kamu~

Apabila menyedari kesilapan…

استغفر الله
[as-taghfirullah]
~Ampunkan aku, ya Allah]


Apabila ingin berbuat amal kebaikan...
في سبيل الله
[ fi-sabil-lillah]
~pada jalan Allah~

Apabila mempunyai kecintaan terhadap seseorang
لحب الله / احبك فالله
[li-hubbi-LLAHI/Uhibbuk fiLLAH]
~menyayangi kerana Allah~


Apabila bernikah...
أ منت بالله
[ aman-tu-billah]
~semoga Allah memberi keselamatan kepadamu~


Apabila hendak berpisah dengan seseorang
في أمن الله
[ fi-amanillah]
~semoga dalam lindungan Allah~

Apabila masalah mendatang
توكلت على ألله
[tawakalltu-ala-Allah]
~aku berserah kepada-Mu~

Apabila tidak mahu terjadi sesuatu yang tidak diingini
نعوذوبالله من ذلك
[ na-uzu-billah min zalik]
~Aku berlindung dengan Allah daripada sesuatu itu~

Apabila kita ditimpa kecelakaan/musibah/ujian
الحمدلله على كل حال
[alham-dulillah ala kulli hal]
~segala puji bagi Allah walau apapun~

Apabila orang lain ditimpa kecelakaan/musibah/ujian
ان لله وان اليه راجعون
[inna-lillahi-wainna-ilahi roji`un]
~sesungguhnya kepada-Nya kita kembali~

Ucapan Cinta..
سر على بركت الله
[sirru-ala-barakat-illah]
~semoga dipermudahkan urusan~
سبحان الله
[subha-na-Allah]
~Maha Suci Allah!~

Metod Khalifah Adalah Laskar Pelangiku...

“Beranikah kita berkata bahawa kehidupan anak-anak hari ini jauh lebih mudah daripada kehidupan ibu bapa, jika kita sedar bahawa setiap hari kita semakin menghampiri detik-detik fitnah Dajjal?” saya melontarkan soalan kepada seorang teman.

Wajahnya berubah sedikit.

Fitnah Dajjal itu bukan pada kekuatan fizikalnya memusnahkan kehidupan seperti Yakjuj dan Makjuj.

Fitnah Dajjal adalah fitnah intelektual. Sesuatu yang sangat abstrak pada menukar baik menjadi buruk dan buruk menjadi baik.




Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang menipu. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah””. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi saw. menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. (H.R. Ibnu Majah)


ANTARA MA’RUF DAN MUNKAR



“Ma’ruf menjadi munkar dan munkar menjadi ma’ruf?” tanya beliau.

“Ya. Ma’ruf bermaksud sesuatu yang well-known. Benda yang diterima dan menjadi kebiasaan. Munkar pula bermaksud sesuatu yang dibantah dan dinafikan kerana asingnya benda itu daripada kehidupan” saya memetik pengertian dua kalimah yang sangat penting itu.

“Wah, perkataan itu sangat tangible. Mudah sahaja ma’ruf bertukar menjadi munkar dan munkar menjadi ma’ruf kalau kejahatan sudah diterima dan kebaikan semakin asing daripada kehidupan” simpul beliau.

“Allahu Akbar. Benar sekali. Justeru berbalik kepada soalan awal kita, apakah yang nak kita tanamkan dalam jiwa anak-anak untuk mendepani fitnah yang besar ini?” saya berbalik ke topik asal perbualan.


Pendidikan anak-anak



Menyedari akan hal ini, saya membuat kesimpulan, pendidikan agama yang menekankan hafalan Sifat 20, menghafal rukun Iman, menekankan hafalan lengkap 30 juzuk al-Quran, mengejar mata pencapaian peperiksaan pada belasan subjek akademik dan Diniyyah, bukan suatu jaminan keselamatan untuk menghantar anak ke masa depan yang penuh cabaran itu. Silibus sedia ada pada kebanyakan sekolah masih belum meyakinkan saya.

Mengukir agama pada jiwa anak-anak memerlukan satu proses yang tidak ada pada silibus sedemikian rupa. Justeru perjalanan hidup saya masih meneroka jalan keluarnya, mencari penyelesaiannya.

Terkenang kepada pesanan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam tentang pendinding yang menyelamatkan manusia daripada fitnah intelektual Dajjal yang terzahir pada Materialisma.

Materialisma bukan gila kebendaan semata.

Ia adalah fahaman yang memaut makna pada yang tersurat hingga buta pada yang tersirat.


Berikut pesan Baginda:



Surah al-Kahfi!


Kita digesa Sunnah melaziminya.

Menghidupkan malam Jumaat pada membaca dan menekuninya.



Pastinya fungsi surah al-Kahfi pada menyelamatkan seorang manusia daripada fitnah Dajjal itu tidak berlaku hanya pada membaca dan menghafalnya. Sebaliknya, keterangan Sayyid Qutb berkenaan surah ini di dalam tafsir karangannya Fi Dhilal al-Quran, ada pencerahan:


Sayyid Qutb berpandangan, Surah al-Kahf itu bertindak sebagai pendinding manusia daripada fitnah Dajjal kerana ia menyentuh mekanisma perbuatan manusia.Jika diri kita diumpamakan seperti iceberg, tip of the iceberg yang kelihatan di mata itu mewakili perbuatan. Manakala bahagian ais yang besar tersembunyi di bawah permukaan air laut itu adalah enjin di sebalik setiap perbuatan kita iaitu AQIDAH (sistem kepercayaan), MINDSET (cara berfikir dan melihat sesuatu termasuk kehidupan, i.e worldview) dan SISTEM NILAI (cara manusia membuat penilaian terhadap apa yang benar, berharga, penting dan berguna dalam hidup ini).




Tiga komponen inilah yang mesti dibangunkan agar seorang Muslim itu menjadi Muslim yang benar-benar menghayati intipati agamanya, dan beroleh perlindungan daripada salah faham dan kecundang kepada fitnah intelektual yang diketuai oleh Dajjal dan jenteranya.

Seluruh wacana dan dakwah saya berkisar pada hal ini. Tetapi saya patah sebelah kaki pada memikirkan bagaimanakah semua ini boleh saya terapkan ke jiwa anak-anak. Jika John C. Maxwell berkata, “genius is about changing something complicated into simple“, hakikatnya saya masih belum cukup genius untuk memindahkan fikrah Islam dinamik ini kepada format yang boleh diserapkan ke jiwa anak-anak.

Saban hari saya berdoa.

Mencari panduan.


PENEMUAN PENTING



Allah melorongkan jawapan kepada doa saya itu apabila ditemukan dengan Khalifah Model School yang diasaskan oleh al-Marhum Prof. Dr. Muhammad al-Mahdi yang juga mengasaskan yayasan induknya, Khalifah Institute.

Alhamdulillah.

Membaca temuramah Majalah I dengan beliau pada Januari 2006, ia adalah pertemuan pertama saya dengan Prof. Dr. Muhammad.

Temuramah itu tidak begitu menjelaskan apakah sebenarnya yang dikatakan sebagai Khalifah Method.

Justeru saya kurang tergerak untuk mendalaminya ketika itu.

Tetapi perjalanan hidup beliau sebagai seorang saintis di dalam pelbagai disiplin amat menarik perhatian saya. Bermula daripada fizik dengan Teori Relativiti Masa Einstein yang akhirnya menukar keyakinan beliau sebagai seorang atheist kepada meyakini wujudnya Tuhan. Setelah lama mendalami ilmu psikologi untuk memahami manusia, hingga mengatasi teori gurunya yang merupan ahli psikologi paling berpengaruh untuk kurun ke-20 iaitu Burrhus Frederic Skinner, Prof. meneruskan kembara di bidang Teologi untuk melengkapkan pencariannya.


Saya gementar membaca teori Skinner tentang pendidikan.



Teori itu sangat menjelaskan tentang mekanisma pembelajaran manusia dan ia amat efektif pada mencorakkan manusia untuk menjadi apa sahaja yang kita mahukan. Skinner menekankan bahawa positive reinforcement (penguatkuasaan secara positif) lebih berkuasa dalam mendidik berbanding punishment (menghukum) kerana melalui hukuman, manusia akan hanya belajar kaedah mengelak daripada dihukum.

Skinner berpendapat, ada lima halangan yang menghalang proses pembelajaran seseorang:

1. Manusia takut kepada kegagalan.
2. Tugasan yang diberi tidak dipecahkan kepada langkah-langkah kecil yang mencukupi.
3. Tiadanya arah tuju dan matlamat.
4. Arah tujuan yang ada pula tidak cukup jelas.
5. Ketiadaan penguatkuasaan positif (positive reinforcement).

Skinner memberikan pandangan bahawa apa-apa sahaja kemahiran yang mengikut kesesuaian tahap umur, boleh diajar dengan menggunakan lima prinsip sebagai rawatan kepada lima halangan itu tadi:

1. Berikan reaksi dan maklum balas kepada pelajar itu secara serta merta.
2. Pecahkan tugasan kepada langkah-langkah kecil yang mencukupi.
3. Ulangi soal arah dan matlamat seberapa kerap yang mungkin.
4. Laksanakan daripada sesuatu yang paling simpel kepada yang paling kompleks.
5. Memberikan penguatkuasaan positif (positive reinforcement).

Teori Skinner ini sangat meluas aplikasinya di Amerika Syarikat.

Tetapi Prof. Muhammad al-Mahdi setelah 40 tahun mendalami bidang psikologi, khuatir dengan teori Skinner yang sangat berpotensi untuk dimanipulasi keberkesanannya itu, mencari NILAI untuk dijadikan landasan teori Skinner. Beliau mengembara ke serata alam, mendalami agama HINDU dan BUDDHA tetapi kembara mencari Tuhan beliau, berakhir dengan Syahadah Laa Ilaaha Illallaah.

Beliau memeluk Islam. Kenalan di Indonesia mencadangkan nama Muhammad al-Mahdi kepadanya.

Lahirlah Khalifah Method, iaitu suatu teori pendidikan yang berjaya diterjemahkan menjadi satu sistem pendidikan apabila penemuan psikologi (Sunnatullah), disendikan oleh Islam sebagai Syariatnya.

Mungkin terlalu awal untuk saya membuat kesimpulan tentang apa yang saya faham mengenai Metod Khalifah. Tetapi menerusi bengkel sehari anjuran Khalifah Model School untuk ibu bapa yang baru menghantar anaknya ke sekolah berkenaan, saya berasa tarikh 2 Januari 2010 semalam, adalah salah satu tarikh terpenting dalam hidup ini.


RUMUSAN RINGKAS



Kebijaksanaan tinggi Metod Khalifah adalah pada memudahkan aplikasi kepada kanak-kanak seawal usia sekolah rendah.

Pelajar ditanamkan kepercayaan tentang sebab untuk mereka sentiasa menjadi cemerlang iaitu pada menghayati maksud perlantikan Allah ke atas diri mereka sebagai Khalifah. Kesedaran tentang menjadi seorang khalifah menolak mereka untuk mengeluarkan potensi diri masing-masing ke tahap tertinggi. Menghayati maksud diri menjadi hamba Allah pula, menjadikan mereka sentiasa ‘bersama Allah’.

Metod Khalifah mengajar kanak-kanak tentang pengurusan tingkah laku melalui proses merasa daya intelektual. Murid-murid diajak dari semasa ke semasa menghayati proses kontemplasi (zikir dan fikir) untuk melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Mereka melihat pokok, batu, kereta dan apa sahaja yang ada di sekeliling kehidupan dan memikirkan mengenainya proses kejadiannya hingga sampai kepada Allah.

Saya juga teruja dengan teknik yang digunakan oleh Metod Khalifah pada mendidik murid-murid menggunakan freewill (kebebasan memilih) masing-masing. Mereka diajar tentang kewujudan freewill sebagai kebebasan yang dimiliki oleh setiap manusia merdeka, tetapi freewill itu dibentuk agar sentiasa menjadikan Allah sebagai paksi membuat pilihan dalam kehidupan.

Ia sangat selaras dengan istilah Mendidik Anak Dengan Ilmu Kebal yang pernah saya tulis sebelum ini.

Metod Khalifah juga mendidik pelajar dan ibu bapa menggunakan kata hati atau internal monologue. Manusia lebih banyak berkata-kata kepada dirinya berbanding berkata-kata dengan orang lain. Positif atau negatifnya seseorang itu banyak merujuk kepada apa kata-kata hatinya. Mempositifkan kata hati ini sangat berkesan pada membantu menukar seorang insan yang pesimis kepada optimis, positif dan mempunyai mekanisma koreksi diri sendiri yang sangat berkuasa pada menghidupkan iman di dalam diri kita.

Teknik yang diguna pakai oleh Metod Khalifah membantu murid-murid mengesan kewujudannya di dalam diri dan seterusnya memperbaiki fikiran mereka agar positif dan bermotivasi dalam kehidupan.


PEMBABITAN IBU BAPA



Apa yang lebih saya hargai ialah pada kesungguhan pihak Khalifah Model School mengkursuskan ibu bapa agar metod yang diguna pakai, turut dilaksanakan secara holistik di rumah. Ia adalah sebuah metod yang membantu ibu bapa menbentuk anak-anak dan dalam masa yang sama membantu anak-anak membentuk ibu bapa!

Melalui kursus keibubapaan wajib yang dilaksanakan oleh pihak sekolah, ibu bapa dibetulkan pandangan alam mereka, diperkenalkan dengan Law of Learning dan seterusnya diberi latihan untuk mengaplikasikan Positive Reinforcement di dalam kehidupan seharian.

Ibu bapa juga sangat dilibatkan dengan sekolah sebagai sukarelawan. Mereka boleh memberikan ceramah perkongsian kerjaya kepada anak murid, dan membantu apa sahaja sesuai dengan konsep sekolah komuniti yang dimahukan oleh al-Marhum Prof, sebagai pengasasnya.


BUKAN BENDA BARU



Segalanya bukan benda baru. Tetapi ia adalah rumusan kepada sari pati ajaran al-Quran dan al-Sunnah pada mengatur Sunnatullah dalam proses membentuk manusia. Lebih mengujakan saya, kecemerlangan akademik turut mengiringi pendekatan ini secara by-product, Insya Allah.

Pelaburan saya ialah pada menghantar Muhammad Saiful Islam, dan Insya Allah juga adik-adiknya nanti ke sekolah berkenaan. Saya juga meletakkan azam untuk mendalami Metod Khalifah dengan lebih terpeinci lagi agar ia boleh disebar luaskan sebagai solusi kepada pendidikan anak Ummah, Insya Allah.

Saya sudah tidak lagi cemburu dengan Laskar Pelangi!

Thursday, January 7, 2010

Carilah rezeki dengan menikah...

Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu sunnah aku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku."(Riwayat Bukhari)

Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu suatu perkara yang rumit dan menyusahkan. Kenapa perkara ini boleh terjadi ? Ramai di antara kita yang beranggapan, nak kahwin mesti ada kereta, mesti ada wang yang banyak, mesti ada itu dan ini ...

Cuba kita ambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1400 tahun dahulu yang mana boleh kita jadikan panduan hidup ini. InsyaAllah ...

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belenggu kemiskinan.

Rasulullah s.a.w tanpa banyak fikir lagi terus menyuruh lelaki itu berkahwin. Lelaki ini sangat senang dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin. Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, "Ya Rasulullah saya sudah berkahwin tetapi masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah ?". "Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat.

Si lelaki tanpa banyak bertanya lagi. Beliau percayakan kepada Rasulullah. Sebab tidak mungkin Rasulullah mahu menipu ummatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain.

Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : "Ya Rasulullah, isteri saya sudah dua tapi saya masih miskin, bagaimana ya Rasulullah...?" keluh lelaki itu. "Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah.

Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. Namun setelah beberapa lama keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia malu mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati beliau mendatangi Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. "Ya Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus kulakukan?", adu lelaki itu. "Berkahwinlah lagi," kata Rasulullah.

Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. Dan benarlah kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa rezeki di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya maju dan mampu mencukupi keperluan rumah tangga lelaki itu serta isteri-isterinya.

Sabda Rasulullah bermaksud : "Carilah rezeki dengan menikah"
(Riwayat Ibnu Abbas)

Firman Allah Taala bermaksud : "Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."(surah an-Nur :32)

Dengan mengambill iktibar dan teladan dari kisah di atas, InsyaAllah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan.

Wassalam...

Biarkan Bayu Bertiup Duka,Teruskan Perjalanan Kita...

"Langit tidak selalunya cerah, sulam malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan Tuhan,"

Indah lirik lagunya semerdu suara sang penyanyinya...

Kita perlu menerima bahawa suasana alam sentiasa berubah-ubah,ada kalanya ceria dan ada kalanya muram. Namun,adakah dengan berubahnya suasana alam,pendirian kita juga mesti berubah?(ertinya berubah daripada keinginan untuk mencapai matlamat kepada perasaan malas yang akan membinasakan diri sendiri)

Tahun baru Islam sudah beberapa hari berlalu dan umur kita pula semakin meningkat,sedangkan apabila bertambahnya peningkatan umur maka jangka hayat kita hidup di dunia yang sementara ini semakin hari semakin singkat. Entah esok,entah lusa atau mungkin dalam masa satu saat lagi kita akan dijemput oleh-Nya untuk kembali pulang. Dan tiada sesiapa pun mampu menghindarkan diri daripada kematian sebagaimana firman Allah :

"Tiap-tiap jiwa akan merasai mati dan hanya makhluk jua yang mempunyai jiwa(roh atau dalam bahasa ilmu Ushuluddin dipanggil jauhar) dan roh adalah baru dijadikan-Nya daripada tiada kepada ada,maka yang mati hanya makhluk.Allah tetap Maha Hidup Kekal."

Dalam perjalanan hidup ini, terkadang kita merasa penat dan letih ditambah pula dengan perasaan duka yang melemahkan jiwa,apatah lagi jika apa yang kita inginkan tidak dapat dicapai? Pastinya perasaan sedih dan keputus asaan akan lahir dalam jiwa.

Namun adakah apa yang kita anggap baik untuk kita itu terbaik bagi Allah? Dan mengapa Dia tidak memperkenankan keinginan dan doa yang kita rasakan terbaik untuk kita?

Sebelum persoalan di atas dijawab, ada satu lagi persoalan utama yang perlu kita jawab dahulu.

Siapa yang menjadikan kita?

Pasti jawapannya adalah Allah; Tuhan Pencipta Alam. Jika Allah yang menciptakan kita, maka Dia tahu yang mana baik dan yang mana buruk untuk kita. Oleh yang demikian terjawabnya persoalan di atas. Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmah yang terkandung di sebaliknya kerana Allah yang menciptakan kita dan Dia tahu apa yang terbaik dan apa yang akan membinasakan hamba-Nya.

Allah berfirman:

"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu,dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal bahaya bagimu,dan Allah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah:216)

Selagi sang bayu masih bertiup meskipun hembusan bayunya pilu dan mendukakan, selagi matahari masih memancarkan cahayanya meskipun kadangkala cahayanya suram seketika apabila dilitupi sang awan, kita perlu terus berjalan dan terus berusaha meskipun kita diuji dengan kegagalan, musibah dan ujian yang membuatkan air mata sentiasa mengalir. Teruskan perjalanan kita, insyaAllah selagi mana kita berusaha, berdo'a dan bertawakkal kepada Allah, pasti Dia akan membantu kita.

Sabar adalah sumber kekuatan dan teman sejati kita. Sayyidina Umar Al-Khattab pernah berkata:

"Jika engkau sabar, maka hukum Allah tetap berjalan dan engkau mendapat pahala,dan apabila engkau tidak sabar, tetap berlaku ketentuan Allah sedang engkau berdosa."

Ingatlah bahawa Allah tidak akan membebankan seseorang melainkan apa yang mampu ditanggung oleh hamba-Nya. Pasti setiap takdir yang kita lalui ini menunjukkan bahawa kita mampu menghadapinya.

Begitulah apa yang dihuraikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah ketika menasihati seorang lelaki suatu waktu dahulu.

Dan teruskanlah penghijrahan kita ke arah kejayaan dan kegemilangan yang diredhai-Nya, moga-moga perjalanan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lalu.

Ketika peristiwa hijrah, generasi para kekasih Allah merasai keperitan, kesengsaraan dan kelaparan. Jika mereka yang paling dikasihi Allah itu pun terpaksa bersusah payah merancang dan berkorban demi mendaulatkan Islam, maka sudah tentu kita hari ini perlu bersedia untuk berkorban jika kita benar-benar mencintai agama kita.

Mahar Hantaran : Adat vs Ibadat...

“Jangan nak mengada-ngada, kalau hendak kahwin tunggu dia habis belajar, ada rumah, ada kerja, dan ada kereta. Kalau tak, selagi tu jangan harap mahu kahwin” Meleter si ibu kepada anak daranya yang sudah sampai masa mendirikan rumahtangga..

“Hantaran kena sembilan dulang, RM1000 serba satu. Kenduri buat di hotel lima bintang, siap dengan siaran eksklusif dari tv10” Ayat-ayat yang biasa didengar.

Tergaman dibuatnya.

Masyarakat kita sekarang terbelenggu dengan masalah suka mengubah sesuatu ibadah menjadi adat dan budaya yang mendarah-daging. Kadang-kadang sesuatu yang mudah pada asalnya, tiba-tiba menyulitkan keadaan yang mana melahirkan banyak kesan samping yang membimbangkan.

Isunya yang diutarakan, ibu bapa sanggup menjual anak perempuan semata-mata kerana keadaan sekeliling memaksa bukannya menitikberatkan keperluan syari‘at tersebut. Yang hendak kahwin si anak, banyak pula karenah ‘birokrasi’ daripada ibu bapa.

Hikmahnya ditinggalkan.

Apabila acuan material terbentuk di dalam minda masyarakat, mahar hantaran menjadi tinggi sehingga membawa implikasi buruk kepada teruna dan dara. Si ibu memohon mahar yang tinggi seolah-olah menggali lubang durjana untuk anak gadis mereka dan diri sendiri.

Di Malaysia, mahar (mas kahwin) rasanya tidak susah nak dipenuhi. Tapi hantaran yang boleh buat turun berat badan kerana terpaksa mengikat perut. Daripada pengalaman melihat dan mendengar, kadangkala harga hantaran diletak tinggi dengan sengaja bukan kerana keperluan tetapi sindrom ‘segan’ kepada orang sekeliling.

Bagai terlupa perkahwinan bukan satu hari hanya di hari kenduri sahaja, tapi sampai detik nyawa terpisah daripada jasad, semua ini dipandang remeh. Kehidupan selepas kahwin juga memerlukan akaun kewangan kukuh.

JANGAN ADATKAN IBADAT

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui” an-Nur (24:32)

Bagi wanita yang mempunyai kesedaran dan mampu mempertahankan prinsip ajaran sabda Nabi s.a.w maka perlulah buktikan bahawa mereka mampu melawan adat.

Sayang sekali, kita asyik ulang kalimah melawan arus adat, tetapi jarang kita ambil pegangan mengikut pegangan agama. Mahar yang sedikit bukan merendahkan martabat, malah meninggikan martabat seseorang wanita di sisi agama.

Bayangkan pahala dan jaminan keberkatan yang didapati sehari demi sehari sebaik sahaja terlafaznya akad nikah dan bergelar isteri. Urusan tambahan hadiah dan wang hantaran yang membebankan pihak lelaki yang menyediakan dan juga pihak wanita yang menunggu perlu ditangani.

Persahabatan....

PERSAHABATAN adalah satu nikmat, kerana ia adalah tanda keimanan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara."

Kita memang diajar berhati-hati memilih teman kerana silap pilih, kadangkala buruk akibatnya.

Persahabatan yang baik akan membawa kita ke syurga dan kalau tersilap, padah membawa ke neraka.

Ada yang bertanya, kalau kita berkawan dengan yang baik saja manakala yang bermasalah dibiarkan saja, siapa pula yang akan mendidik dan menegurnya.

Sebenarnya sudah lama kita melakukan kesilapan dalam melayani seseorang. Remaja yang bermasalah sepatutnya didekati bukannya dipulau atau diboikot.


Cuma mendekati mereka ini memerlukan kekuatan prinsip yang utuh supaya kita yang mendekatinya terutama sesama remaja, agar kita tidak larut dan hanyut terlena serta tertipu kerana tidak kuat prinsip.

Pertemuan kali ini bukannya untuk memberi tip, bagaimana mendekati mereka yang bermasalah tetapi ingin bercerita keprihatinan ulama bergaul dengan niat mengubah mereka yang bermasalah.

Pada suatu hari Ibnu al-Mubarak berjumpa dengan seorang yang jahat pekerti dan rendah budinya dalam satu perjalanan.

Dia terus bergaul dengannya dan berjalan bersamanya walaupun terpaksa menanggung kesabaran atas pekertinya yang kurang menyenangkan itu.

Detik berpisah akhirnya tiba. Ibnu al-Mubarak menjadi sebak dan menangis. Apabila ditanya kenapa dia menangis, dia menerangkan:

"Aku menangis kerana masih sayang kepadanya. Aku terpaksa berpisah dengannya dalam keadaan dia belum dapat berpisah dengan kelakuannya yang buruk itu."

Apa yang kita boleh pelajari dari kisah terbabit ialah:



Berkawanlah dengan sesiapa saja asalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan silaturahim serta mendekatkan diri kepada Allah.


Bersabar dalam pergaulan adalah suatu kebajikan. Berusaha memperbaiki akhlak kawan satu kebajikan yang lain.



Mencari kawan mudah tetapi mencari kawan yang sekata amat sukar.


Perbaiki hubungan sesama manusia (hablum-minan-nas) di samping perbaiki hubungan dengan Allah (hablum-mina-Allah)


Dua sahabat yang menangis lantaran berpisah kerana Allah akan dinaungi Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naungannya.


Jangan mamandang keji terhadap seseorang kerana akhlaknya tetapi bersimpatilah di samping cuba untuk mengubah kelakuannya.

Berusaha dalam dakwah adalah tanggungjawab kita tetapi pemberian taufiq dan hidayah adalah di tangan Allah.

Berkawan dengan orang yang jahat akhlak adalah sebagai satu cara untuk menguji diri sejauh mana kesabaran dan kesediaan kita untuk memaafkannya.

Tazkirah Remaja: Tawakal selepas buat pelaksanaan rapi....

KITA merancang tetapi Allah menentukan. Begitulah lumrah kehidupan sebenar dan tidak hanya menyerahkan 100 peratus melalui doa tanpa melakukan sebarang tindakan atau usaha.


KITA merancang tetapi Allah menentukan. Begitulah lumrah kehidupan sebenar dan tidak hanya menyerahkan 100 peratus melalui doa tanpa melakukan sebarang tindakan atau usaha.

Kita disuruh berikhtiar tetapi yang menentukan adalah Allah. Selepas merancang, segala ketentuan itu mesti diterima dengan hati terbuka.

Itulah yang dinamakan tawakal. Sebenarnya tawakal terletak selepas seseorang melakukan perancangan serta berusaha kemudian disusuli dengan bertawakal.

Umat Islam dulu cemerlang kerana kehebatan mereka merancang dan berfikiran ke hadapan. Rasulullah sendiri amat mementingkan perancangan rapi sebelum melakukan segala pekerjaan. Misalnya, sebaik tiba di Madinah, baginda segera meletakkan dasar bagi membentuk pemerintahan Islam pertama di dunia.

Ketika itu baginda mula membina masjid sebagai sebagai tempat beribadat, bermesyuarat, tempat pertemuan seluruh umat Islam selain menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar.


Selepas itu, baginda mengadakan perjanjian dengan golongan Yahudi dengan meletakkan dasar perundangan Kota Madinah supaya setiap orang mengetahui kedudukan dan hak mereka dalam masyarakat.

Sama juga yang dilakukan Rasulullah pada malam hijrah, malam Aqabah dan peristiwa di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Semua itu membuktikan Islam amat mementingkan perancangan yang rapi.

Al-Quran sejak berabad lagi menggalakkan umat manusia bekerja menurut perancangan. Contohnya, al-Quran menceritakan utusan Raja Mesir datang kepada Nabi Yusuf di penjara meminta baginda mentakwilkan mimpi. Dia berkata; "Yusuf, wahai orang yang amat dipercayai, terangkan kepada kami (mimpi) tujuh lembu betina yang gemuk dimakan oleh tujuh lembu betina yang kurus; dan tujuh tangkai gandum yang hijau dan tujuh lainnya yang kering (terangkanlah takwil mimpi itu) agar aku kembali kepada orang-orang (yang mengutus itu), semoga mereka akan mengetahuinya." (Surah Yusuf, ayat 46).

Apabila berdepan dengan tugas itu, Nabi Yusuf tidak hanya mentakwilkan mimpi saja, bahkan baginda turut memberi petunjuk supaya membuat perancangan bagi mengatasi kesukaran dan bahaya kelaparan yang diramalkan akan menimpa Mesir.

Baginda mencadangkan beberapa langkah positif yang perlu diambil bagi menghadapi kesukaran itu.

Al-Sayyid Qutb dalam kitabnya 'Tafsir Fi Zilal al-Quran mengatakan, Raja (Mesir) meminta huraian erti mimpinya tetapi pegawai kerajaan dan ahli nujum tidak sanggup menghuraikan erti mimpi itu kerana menganggap ia petanda buruk bakal berlaku.

Sebaliknya, bagi menunaikan kehendak raja berkenaan, mereka memperlihatkan apa saja yang dapat menyenangkan raja dan menyembunyikan perkara yang menyedihkan.

Mereka menghindari dari berbincang mengenai mimpi itu dengan mengatakan mimpi itu kosong dan tidak mempunyai erti.

Sikap Nabi Yusuf berlainan kerana baginda tetap mentakwilkan mimpi raja itu kemudian menasihatinya dengan cadangan serta langkah sesuai bagi mengatasi petanda buruk yang diramalkan itu.


Antara langkah-langkah yang dicadangkan Nabi Yusuf iaitu menggiatkan lagi pekerjaan yang sedang dilakukan serta menetapkan jangka waktu diperlukan.

Kedua, perlu bersungguh-sungguh melakukan kegiatan pertanian dalam jangka masa tertentu.

Ketiga, berusaha meningkatkan pengeluaran selain bekerja keras terus menerus.

Berdasarkan cadangan itu, betapa pentingnya cara penyimpanan yang baik untuk menjaga keutuhan hasil bumi dan kepentingan menyimpan.

Cara hidup berekonomi, tidak boros dan tidak berlebih-lebihan kerana Islam adalah agama yang mementingkan prinsip keseimbangan, menolak sifat bakhil dan mengharamkan pembaziran atau menggunakan harta untuk perkara yang tidak bermanfaat.

Dalam perancangan mengatasi kesulitan yang ditunjukkan Nabi Yusuf, terdapat dua perkara yang perlu diberi perhatian iaitu berhati-hati dalam membelanjakan harta dan tidak melakukan pembaziran.

Perbelanjaan ditentukan kepada keperluan utama seperti dikatakan Nabi Yusuf, "Kecuali sedikit untuk kamu makan." (Surah Yusuf, ayat 47).

Baginda memberi petunjuk mengenai keharusan menggunakan harta simpanan dengan cara sebaik-baiknya, terutama ketika menghadapi kesulitan.

Hasil pemikiran dan perancangan Nabi Yusuf itu adalah berdasarkan petunjuk Allah kepadanya, maka umatnya terhindar daripada bencana kelaparan dan dapat mengatasi malapetaka besar.

Demikian ilmu perancangan yang tercatat di dalam al-Quran untuk kepentingan umat manusia umumnya dan kesejahteraan umat Islam khususnya.

Oleh itu, Islam bukan agama yang mengajar orang berfikir secara membuta tuli atau bertawakal tanpa alasan (bukan bertawakal dalam erti kata sebenar).

Islam adalah agama yang mengajar manusia memerhati dan mempelajari dengan teliti terutama perkara berkaitan soal pengeluaran, penggunaan dan keperluan material lain dalam kehidupan.

Sesuatu pekerjaan atau projek, sama ada besar atau kecil tidak berjaya dilaksanakan dan tidak terjamin pencapaiannya sekiranya dilakukan tanpa perancangan rapi.

Semua undang-undang Islam sama ada yang bersifat ibadat atau muamalat, mempunyai dasar dan kaedah bagi dipraktikkan dalam kehidupan kita.

Jika ada suara yang mengatakan Islam tidak mementingkan perancangan sama sekali berlawanan dengan anjuran al-Quran dan tindakan yang dilakukan Rasulullah.

Friday, January 1, 2010

Selamat Datang Tahun Baru 2010....

Salam kepada semua yang kunjung ke blog ini. Di kesempatan ini saya ingin ucapkan selamat tahun baru kepada semua. Semoga semua lebih baik dari tahun yang lepas. Kuat kan azam yang ada. bermulanya 1 januari 2010 harga gula pun dah naik, jadi kurang2kan lah makan gula 2.. cukup la setakat ini aku merepekan dulu ye. jumpe lagi. salam semua..... 73......88.......