Tuesday, December 29, 2009

MENJADI ISTERI SOLEHAH (kisah btl) bc ya....

Assalamualaikum...disini kita nak kongsi sedikit cerita bagaimana seorang wanita bergelar isteri
boleh dijadikan contoh kepada wanita2 lain so just want to share with all of u..especially women..

Kejadian ini berlaku dalam tahun 2008. Saya lakarkan
kembali bagaimana saya mengenali pasangan suami isteri
ini. Sebenarnya saya telah mendapat kebenaran dari
mereka untuk menceritakan di RJ ini untuk dijadikan
tauladan. (puas pujukkkkk..... baru setuju.... mereka
juga warga RJ tapi tak pernah hantar posting..... malu
kott..). Saya namakan isterinya Tina (nama samaran)
dan suaminya sebagai Mizi( juga nama samaran).

Seperti biasa di hujung minggu saya akan menghadiri
kuliah/ceramah agama bersama suami ataupun kakak saya
ATEH (mungkin ada netters yang mengikuti kisah PESANAN
IBU KEPADA ANAK-ANAK PEREMPUANNYA). Pada hujung minggu
tersebut kami suami isteri menghadiri kuliah agama
yang berasingan keran a saya ingin mengikuti Ateh ke
kuliah agama di Masjid tempat tinggal beliau di Shah
Alam. Selepas habis kuliah Ateh mengajak saya ke
Kompleks PKNS untuk mencari jubah untuk anaknya yang
sedang belajar TAHFIZ di Johor. Kira-kira sejam kami
dua beradik meronda Kompleks PKNS tiba-tiba kami
terpandang seorang wanita dalam lingkungan awal 30an
sedang menangis di kerusi depan Bank. Ateh saya nie
memang prihatin pantang nampak orang susah mulalah nak
busybody. Tanya punya tanya rupa-rupanya beliau baru
lepas bertengkar dengan suami dan suaminya tinggalkan
dia di situ dan di suruh balik sendiri.........
MasyaAllah apa punye suami nie........ tak sayang bini
ke???? tanya saya dalam hati. Ateh suruh saya hantar
Tina ini balik ke rumahnya si Subang Jaya.......(geram
lak saya..... nape saya lak kena hantar tapi tak per
tolong orang susah.. ini hari dia.....). Malangnya
Tina tak mahu balik.... nak dipendekkan cerita Ateh
ajak dia balik ke ru mah Ateh di Shah Alam. Sambil
memandu saya perasan ada kereta mengekori kereta saya
dan saya bertanya pada Tina, suaminya pakai kereta
apa. Memang sah yang mengekori kereta saya adalah
suami Tina. Saya buat dono jer....... lagilah saya
drive gila-gila.....(hari minggu jalan lenggang).

Apabila sampai di rumah kira-kira 10 minit... ada
panggilan untuk Ateh untuk menguruskan jenazah jadi
saya pun ajak Tina gi ke rumah saya. Apabila sampai di
rumah saya belum pun sempat masuk ke rumah suami Tina
keluar dari kereta dan mengheret Tina masuk ke kereta
mereka saya hanya mampu pandang saja sebelum tu saya
sempat beri Tina no. handphone dan rumah padanya. Pada
sebelah malamnya suami Tina talipon saya (mungkin
dapat no tel. dari Tina) memberitahu supaya jangan
benarkan Tina menumpang di rumah saya dan beliau
menceritakan keburukan isterinya dan saya cuma
mendengar saya dan beliau telah memberi no. taliponnya
pada saya.

Dengan takdir Allah sebulan kemudian Tina datang ke
rumah saya seorang diri dengan memandu keretanya
sendiri dan tinggal dengan saya selama kira-kira 2
minggu. Sebenarnya mereka ini mempunyai dua cahaya
mata berumur 5 tahun dan 2 1/2 tahun. Tanpa
pengetahuan Tina suami saya telah menalipon Mizi
meminta supaya membenarkan Tina tinggal bersama kami
sehingga hatinya sejuk. Pada mulanya saya kurang
setuju tapi suami saya memujuk mungkin ada hikmah
mengapa Allah memilih rumah kami. Saya risau
kalau-kalau Mizi menganggap kami campurtangan urusan
rumahtangga mereka. Tanpa pengetahuan suaminya Tina
selalu menjenguk anak-anaknya di rumah baby sitter
untuk melepaskan rindunya selepas waktu kerja atau
lunch time..... kesian..... kasih ibu....

Sepanjang Tina berada di rumah saya..... tak pernah
sekalipun saya menasihati Tina kerana suami saya tak
membenarkan saya menambahkan lagi kerunsingan Tina dan
takut kalau dia lari ke tempat lain dan m elakukan
perkara yang tak elok. Sebaliknya Tina menceritakan
kesengsaran yang di hadapinya hidup bersama
suaminya.... suaminya tak mahu menolong kerja rumah
walaupun mereka sama-sama berkerja...... anak menangis
pun dibiarkan tak mahu tolong pujuk....... dan
berbagai-bagai keburukan suaminya yang dipaparkan
hinggakan bab dalam bilik pun diceritakan (kene sensor
nie...... baya.... baya......) tapi tak satupun
kebaikan suaminya yang diluahkan. Saya hanya mendengar
tanpa mengulas hanya saya katakan ini semua dugaan
dariNya. Sehinggalah di suatu malam saya melihat Tina
menulis sesuatu dan saya cuba bertanya:-

Saya : Tina tulis surat kat Mizi ke?

Tina : Tak lah.....(terus menangis)

Saya : Kenapa Tina tak suka duduk rumah Kak Su?

Tina : Kak Su...... Tina rasaaaa..... Tina bukan
isteri dan ibu yang baik kak......(nape lak
nie.......... sambil menghulurkan kertas tulisannya
pada saya)

Saya : Apa maksud Tina men ulis semua nie..........
rasa Kak Su ini semua berkaitan rumahtangga Kak
Su......

Tina : Ya Kak..... Tina senaraikan semua yang Tina
nampak dan Tina nak praktikkan bila Tina balik
nanti..... Walaupun Kak Su tak pernah memberitahu Tina
tapi perbuatan Kak Su sekeluarga lebih-lebih lagi cara
abang mendidik keluarga Kak Su..... Tina rasa amat
terharu..... Tina banyak kekurangannya
Kakkkkk......(menangis lagiiiii oiiiii.......)

Saya : Tina.... apa yang Tina lihat dalam rumahtangga
Kak Su sebenarnya banyak yang berlaku di luar sana
mungkin Tina tak jumpa lagi...... baguslah kalau Tina
nak praktikkan nanti...... semuga Tina berjaya dan
menjadi isteri yang solehah......(kami berpelukan
sambil menangis....)

Warga RJ nak tahu apa yang Tina tuliskan (kat RJ ni
tak boleh attached terpaksa saya copy):-

1. Menyediakan sarapan pagi untuk abang dan anak-anak.
Air suam untuk abang.
2. Menyediakan pakaian abang dan menyediaka n
anak-anak ke sekolah
3. Pakaikan abang stokin, keluarkan kasut dan buka
pintu rumah dan pintu pagar untuk abang (malu
akuuuuuu.... ini pun dia tulis.. lah...)
4. Salam abang dan cium pipi (opsssss.... jangan
lebih-lebih oiiiiii) mintak maaf segala kesalahan dan
halalkan makan minum. Abang pegi keje.
5. Masak lauk kemudian simpan dalam petiais untuk
makan malam takut petang tak sempat masak. (ini pun
dia tulis.... hancusss)
6. Hantar dan menjemput anak ke sekolah
7. Petang balik dari kerja masak nasi dan panaskan
lauk hidangkan makan malam kemudian kemas (detail
betul dia tulis)
8. Solat berjemaah bersama anak-anak dan mengajar anak
mengaji dan beri tazkirah pada anak-anak.
9. Semak buku sekolah anak dan ajar kerja sekolah
10. Baju sekolah dan baju abang basuh ngan tangan yang
lain-lain masuk mesin basuh (nasib baik tak tulis
seluar kecikkkkk)
10. Abang balik, buka pintu dan salam abang dan
anak-anak semua bersalam dengan abang
11. Bukakan stokin abang dan simpan kasut di rak dan
bawa briefcase abang naik atas
12. Sediakan air suam untuk abang. Abang makan roti
tak makan nasi
(apalahhh........ laki aku makan pun dia tulis....)
13. Sidai baju, lipat kain dan gosok baju
14. Semua dah tidur, kemas rumah baru masuk tidur.

Tergelak besar saya..... macam buat nota sekolah
lak.... biar betul dia nie....... malu bebenor saya.
Cite kat suami... suami pun ikut gelak. Keesokkan
harinya dia memohon untuk pulang kepangkuan suami dan
anak- anaknya. Alhamdulillah....

Tina : Kak Su....... terima kasih kerana tumpangkan
Tina dan banyak pengalaman yang Tina dapat daripada
Kak Su sekeluarga. Saya : Apa yang dah Kak Su buat
hinggakan Tina cakapa cam tu....?
(sekadar nak menduga) Tina : (sambil menangis) Tina
rasa apa yang terjadi semua ni salah Tina........ Tina
bukan isteri yang solehah kak.......(kami
berpelukkan). Saya : Tidak......... Tina isteri y ang
baik sebenarnya cuma belum cukup mendalami untuk
menjadi muslimah.... insyaAllah Tina sedang ke arah
itu sebenarnya...

Semasa melepaskan Tina untuk pulang saya berdoa dalam
hati semuga Mizi menerima dia kembali kerana daripada
perbualan saya dengan Mizi melalui talipon (Mizi
selalu talipon handphone saya menceritakan keburukan
Tina) ada ura-ura dia ingin berkahwin satu lagi cuma
tunggu masa yang sesuai jer.....

Selepas peristiwa tersebut saya tidak mendengar
apa-apa berita lagi dari mereka berdua sehingga bulan
September lepas, Mizi talipon saya di rumah

Mizi : Assalammualaikum Kak Su........ Kak Su
sihat.... abang sihat..... anak-anak macamana sihat
ke?????? (semacam jer.... bunyi suara mamat nie......
happy semacam.......... dah kawin baru ke???????
(masih lagi buruk sangka..... astagfirullah
Solehah.... bertaubatlah). Saya : Alhamdulillah
Mizi.... Kak Su sekeluarga sihat... keluarga Mizi
macamana..... sihat ke??? ????? Mizi : Inilah
Kak...... yang Mizi nak bagitau......... Kak Su.......
Mizi rasa macam hidup kat dunia baru lak...... Saya :
Arghhhhh...........(biar betul dia nie....... dunia
baru?????????? baru lepas hisap dadah ape ker??????
buruk sangka lagi...... beristighfarlah solehah!!!!)
Mizi : Kak Su... Tina banyak berubah sejak balik dari
rumah Kak Su..............(belum dia habis cakap saya
dah potong) Saya : Mizi...... Kak Su dan abang tak
pernah hasut Tina yang bukan- bukan, nasihatkan pun
tidak.... kami cuma dengar jer apa yang dia cerita....
kalau Mizi rasa Kak Su dan abang bersalah...... Kak Su
minta maaf banyak-banyak...... mintak maaf Mizi...

Mizi : Kak Su.... Mizi lum abis citer lagi..........
sebenarnya apa yang tak pernah dia buat selama nie....
dia buat contohnya..... bila Mizi pulang dia sambut
Mizi tolong bukak kan pintu pagar dan salam.......
anak-anak dia dah amik awal kalau dulu walaupun dia
balik awal dia tak akan amik anak-anak tunggu sampai
Mizi pulang..... dia bukakkan stokin.......... dia
sediakan air suam untuk minum....... kemudian dia naik
atas sedikan tuala untuk Mizi mandi....... sediakan
baju...... kalau Mizi belum solat dia akan bentangkan
sejadah..... dia sediakan makan malam walaupun telur
goreng ngan sayur jer.... dia mesti masak... dia tak
bagi Mizi beli katanya makanan kat luar tak berapa
bersih dan sihat untuk keluarga dia....
(saya tersenyum sendirian).

Saya : Baguslah macam tu Mizi ada perubahan........

Mizi : Ada lagi Kak Su........(excitednya mamat
nie......) pagi-pagi dia bangun kul 5 am selalunya kul
6.30am baru bangun itupun liat..... sembahyang subuh
selalu terlepas... Mizilah yang sediakan bakul
anak-anak untuk dibawa ke rumah baby sitter. Tapi
sekarang bila Mizi bangun semua dah sedia sarapan pun
dah siap terhidang atas meja walaupun cuma roti ngan
air teh jer..... kami dah tak beli kanan kat luar
lagi..... .. layanan dia pada saya tiptop...........
boleh bagi beratus-ratus bintang..... bukan lima
bintang Kak Su...........

Saya : Hai...... puji melangit nampak.........

Mizi : Kak Su....(dengan suara sedih......... tadi
bukan main ceria lagik.......) Mizi bimbang apa yang
dia buat sekarang hanya sementara saja...... Mizi
takut dia akan jadi seperti dulu......... Mizi rasa
seolah-olah kami pasangan yang baru kawin walaupun dah
6 tahun........

Saya : Mizi...... tugas suami bukan hanya memberi
nafkah batin saja.............(geram ler.... tu.....)
tugas suami membentuk keperibadian isteri.......
memberi perlindungan dan juga menjadi pemimpin kepada
isteri...... Jalankanlah tugas kamu sebagai suami yang
soleh..... andainya kamu tak mampu mengajar anak-anak
dan isteri kamu mengenai islam carilah guru dan jika
tak mampu juga bawalah mereka kekuliah, ceramah dan
juga majlis-majlis ilmu.... jangan biarkan mereka
hanyut dengan duniawi....**** BR Mizi : Betul Kak Su.....
ini semua silap Mizi.......... Mizi tak mengajar
isteri dan anak-anak Mizi tentang islam........ Mizi
biarkan mereka... bila mereka buat silap Mizi
marah....... berdosanya Mizi........ Kak
Su...........(dengan suara sayu).

Saya : Jika Tina dah berubah baguslah bimbinglah
dia...........

Mizi : Satu perkara yang Mizi pelik..... nape setiap
kali balik dari keje Tina sediakan air suam jer......
tak air lain....... ada rahsia ker????

Saya : (Saya tergelak) sebenarnya Mizi...... apa yang
Tina lakukan adalah dia meniru cara Kak Su...... air
suam tue...... kegemaran abang sebab abang tak suka
air manis.... sepatutnya Tina kena sediakan air
kegemaran Mizi bukan tiru Kak Su...(tergelak lagi....
Mizi pun ikut tergelak berdekah-dekah.....)

Mizi : Kak Su..... boleh Mizi tanya skit.......... Kak
Su tak rasa dihambakan ker..... bila buat semua tu
untuk abang.......

Saya : Sebagai seorang isteri ...... a palagi yang Kak
Su harapkan cuma kasih sayang dari suami dan RAHMAT
DARI ALLAH yang Kak Su cari....... entah esok lusa Kak
Su mengadapNya........ terpulanglah pada abang untuk
menjadi seorang suami yang soleh atau sebaliknya....

Sebenarnya posting ini saya draft bersama Tina dan
Mizi yang mana sensitif saya delete. Pengajaran yang
saya dapat, kita masih ada peluang untuk membaikki
diri kita dan ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN DAN PENYAYANG.

Wassalam

***Menurut kata Tina pada mulanya dia malu nak buat
semua yang dia senaraikan tapi dia paksakan diri
akhirnya dia berjaya lakukan. Alhamdullillah.

0 comments: