SEPTEMBER 17, 2009
KUALA KANGSAR: Buat pertama kali setelah lebih dari 6 bulan berkurung dalam skop rancangan RTM Pilih Kasih, kini kesempatan bercuti Reza bertemu dengan rakan-rakan sekampung. Sudah pasti kafe siber kegemarannya di Azhar.Nett, Taman Chandan Puteri, Bukit Chandan sesuatu yang biasa sebagai aktiviti malam.
Bila ditanya kenapa memilih kafe siber itu? Pada pandangannya keadaan yang jauh dari kesibukan seperti tempat meletakn kenderaan menjadi sesuatu yang tidak selesa. Lagipun kawan-kawannya yang lain turut berada di sini untuk melayari internet disamping terdapat warong dan kedai-kedai makan berhampiran. Kawasan itu juga tempat berkunjung pelajar-pelajar Kolej Islam Darul Ridzuan untuk melakukan tugasan mereka.
Anda mungkin tidak mengenalinya secara dekat. Tetapi remaja berusia awal 20 tahun itu mudah untuk didekati. Memiliki pengalaman sewaktu terlibat dengan pentas dan aktiviti seni di tempatnya belajar, membolehkan dia merasakan sesuatu yang bukan asing untuk beraksi di khalayak ramai seperti yang anda tonton di kaca TV.
Menurutnya dia agak kekok kerana berhadapan dengan lensa kamera adalah sesuatu yang baru. Remaja ini lahir dan membesar di Daerah Kuala Kangsar dan menyambung pendidikan di peringkat Tingkatan 6.
Anda boleh dapatkan foto-foto edisi Aidilfitri dan pos istimewa buat pengunjung dan peminat di www.flickr.com/vokae90
Iqmal.
1 comments:
I suggest you to come on a site, with an information large quantity on a theme interesting you. For myself I have found a lot of the interesting.
Post a Comment