Friday, September 25, 2009

Pergi tak kembali...





Di bulan ramadan yang lepas banyak mengajar kita erti kesabaran. Tetapi di saat kita hendak menyabut hari kemenangan ada juga orang yang kita sayang meningalkan kita terlebih dahulu. Apa yang terjadi pada seorang rakan, sahabat, majikan saya sewaktu dahulu telah meningal dunia sebelum hari raya yang tiba. Saya rase sikit terkilan kerana tidak dapat menatap muka aruwah buat kali terakhir. Kawasan kemalangan di lebuh raya Utara Selatan di kilometer 256.7 selepas terowong menora menuju kearah Utara. Di bulan ramadan ini jugak ramai rakan2 artis yang meningalkan kita dan ahli keluarga radio amatur juga banyak yang terlah pergi terlebih dahulu... Di kesempatan ini mari la kita yang terbaca blog ini kita sedekah kan lah Al-Fatiah semoga roh2 mereka di tempatkan orang2 yang beriman... Di kesempatan ini sesama kita harus lah lebih berhati2 apa bila berada di jalan raya kerana hidup hanya sekali. Kepada rakan2 yang bermotor harus kita lebih berwaspada di atas jalan raya. Salam aidilfitri.........................................................................................................

Thursday, September 17, 2009

Reza Pilih Kasih...

SEPTEMBER 17, 2009

KUALA KANGSAR: Buat pertama kali setelah lebih dari 6 bulan berkurung dalam skop rancangan RTM Pilih Kasih, kini kesempatan bercuti Reza bertemu dengan rakan-rakan sekampung. Sudah pasti kafe siber kegemarannya di Azhar.Nett, Taman Chandan Puteri, Bukit Chandan sesuatu yang biasa sebagai aktiviti malam.

Bila ditanya kenapa memilih kafe siber itu? Pada pandangannya keadaan yang jauh dari kesibukan seperti tempat meletakn kenderaan menjadi sesuatu yang tidak selesa. Lagipun kawan-kawannya yang lain turut berada di sini untuk melayari internet disamping terdapat warong dan kedai-kedai makan berhampiran. Kawasan itu juga tempat berkunjung pelajar-pelajar Kolej Islam Darul Ridzuan untuk melakukan tugasan mereka.

Anda mungkin tidak mengenalinya secara dekat. Tetapi remaja berusia awal 20 tahun itu mudah untuk didekati. Memiliki pengalaman sewaktu terlibat dengan pentas dan aktiviti seni di tempatnya belajar, membolehkan dia merasakan sesuatu yang bukan asing untuk beraksi di khalayak ramai seperti yang anda tonton di kaca TV.

Menurutnya dia agak kekok kerana berhadapan dengan lensa kamera adalah sesuatu yang baru. Remaja ini lahir dan membesar di Daerah Kuala Kangsar dan menyambung pendidikan di peringkat Tingkatan 6.

Anda boleh dapatkan foto-foto edisi Aidilfitri dan pos istimewa buat pengunjung dan peminat di www.flickr.com/vokae90

Iqmal.

Buah punya pasal...

Suatu hari tiga orang pemuda telah ditangkap oleh satu puak kanibal (spesies orang makan orang) dan akan dibunuh untuk dibuat santapan. Ketiga-tiga pemuda tersebut merayu bersungguh-sunguh dengan ketua puak tersebut agar melepaskan mereka. Ketua puak tersebut pun bersetuju dan berkata.

Ketua: Baiklah aku akan melepaskan kamu semua tapi dengan syarat kamu bertiga hendaklah
mencari sepuluh biji buah dari jenis yang sama.

Ketiga pemuda tersebut bersetuju dan terus memulakan pencarian mereka. Tidak berapa lama kemudian pemuda pertama pulang dengan membawa sepuluh biji buah nenas. Ketua puak tersebut pun berkata kepada anak buahnya.

Ketua: sumbatkan buah-buah tersebut di duburnya. jika dia bersuara bunuh dia!!!

Ketika buah kedua disumbatkan, pemuda tersebut menjerik kesakitan lalu dibunuhnya pemuda tersebut. beberapa minit kemudian pemuda kedua pula pulang dengan membawa sepuluh biji buah ciku. Pemuda tersebut juga menerima hukuman yang sama. Disebabkan saiz buah ciku kecil pemuda tersebut dapat menahannya. Ketika buah ciku yang kelapan tiba-tiba pemuda tersebut ketawa lalu matilah pemuda tersebut dibunuhnya.

Selepas itu roh pemuda pertama berjumpalah dengan roh pemuda kedua dan bertanya...

Pemuda 1: Kenapa ko ketawa ketika buah yang kelapan???

Pemuda 2: Aku nampakkawan kita yang sorang lagi tu bawak buah durian. Hehehehe...

Pemuda 1: Hahahahaha...

Monday, September 14, 2009

Lemang gergasi datang lagi...

Lemang raya datang lagi. Kepada rakan2 yang datang ke Kuala Kangsar boleh la tengok2 lemang ni dulu lokasi berhampiran jam besar Kuala Kangsar. Boleh la kita bergambar sebentar di sana. Kepada rakan2 yang jalan jauh saya doa kan supaya selamat sampai ke distinasi yang di tuju dengan selamat, igat la orang yang tersayang. Selamat hari raya semua...

Baru nak sahur...

Sebelum tidur berpesanlah seorang ibu kapada anaknya yang berumur tujuh tahun. Anak tersebut bernama Alidan baru kali pertama nak belajar puasa.

Ibu; Ali, kalau nak belajar puasa kena bangun makan sahursebelum subuh esok.

Ali; baiklah mak. Tolong kejutkan Ali ye. Pada pukul 4.45pagi esoknya, Ali telah dikejutkan oleh emaknya untuk bersahur. Lantas dia bangun dan terus ke meja makan.

ali; Mak, mana sahur?

Ibu; makanlah nasi dan lauk di atas meja tu.

Ali; Tak nak nasi, nak sahur!!!

Ibu; Awak ingat sahur tu macam ayam goreng ke???

Ali; Waaaa!!!!!!!!! (Menangis)

Elak H1N1...


Salah satu cara yang selamat elak daripada terkena H1N1...

Wednesday, September 9, 2009

Alat-alat pemancaran yang ada...






Hanya sekadar kongsikan bersame rakan2 yang tengok blog ini. Pemancaran hanya untuk mencari rakan2 di udara mahupun di daratan. Benda ni dah banyak berjasa kepada saya dari segi saya kesusahan di jalan raya. Ia mungkin sekadar hobi tetapi ia mungkin boleh jadi sebaliknya. Bercakap ni di ibaratkan ubat kalau cukup dos nya dia jadi penawar tapi kau lebih dos nya dia akan jadi racun. Kesimpulanya kalau kita selalu cakap banyak di udara ada orang yang akan bencikan kita. Baru la saya faham kenapa la ramai yang bungkus benda2 ni dalam kain kuning mungkin apa yang terjadi same je kot. Ada ke saya pun akan turut simpan benda2 ni dalam kain kuning jugak?????? Tapi selagi ada rakan2 yang sudi berQSO dengan saya mungkin tak kot saya simpan kan nya... Apa yang dah terjadi sedih jugak tapi bila dok kenangkan kelakar pun ada tapi tak pe la kita sandar kan la pada kenangan.
Catatan ni hanya untak saya luah kan perasaan saya bukan untuk menyakitkan hati mana2 pihak atau pun minta simpati. Hanya nak merapu dan merepet je. 73 salam ramadan...

Monday, September 7, 2009

Hari ni dalam sejarah....

Hari ni di beri kerpercayaan rakan2 radio untuk saya kendalikan chet net di jalur lebar astra sempena dengan sambutan hari Nuzul Al-quran. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan2 yang telah masuk ke chet net. Perasan menjalani net sangat gementar dan takut. Tapi memikirkan mandat yang di beri saya terima dengan seadanya. Jadi sampai di sini dulu celoteh saya. jumpa lagi di episop yang akan datang. Selamat berpusa dan salam ramadan 73..... 88....... Byeeeeeeeeeeee......

Tuesday, September 1, 2009

Berbuka puasa di KFC...


kepenatan menanti waktu berbuka puasa...Akhir nya pencarian Kfc jumpa jugak. Pada hari puasa yang ke lapan hari tu mencari restoran Kfc di Pekan Manong tapi sayang nya tiada di lajak kan ke pekan Beruas tiada juga. Setelah puasa yang ke sepuluh baru la jumpa restoran Kfc di Bandaraya Ipoh. Saja je mencari Kfc di tempat2 lain. Di Kuala kangsar pun ada tapi dah selalu sangat ke sane.
Selamat berpuasa...
Tulisan ini hanya untuk suka2 sahaja...