Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Ahli profesional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa
Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana
Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada
Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat
Syahid yang sentiasa menjadi matlamat
Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat
Dan melupakan kehidupan akhirat
Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Sukar untuk kutemui
Yang sentiasa bermunajat dan berzikir
Sentiasa bertafakkur dan berfikir
Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir
Namun kutetap berfikir..
pasti masih ada lagi
Lelaki diakhir zaman ini
Seperti yang kufikir..
Tuesday, December 22, 2009
Lelaki diakhir zaman ini (Satu Luahan)...
Saturday, December 19, 2009
Rahsia Wajah Anda...
Di bawah ini adalah sedikit firasat mengenai diri anda melalui wajah anda. Ia sekadar untuk menambah pengetahuan, bukan untuk dipercayai. DAHI Anda mempunyai dahi yang berkerut-kerut secara tegak di antara mata?Kerut tersebut menunjukkan bahawa anda mendorong diri kuat bekerja dan bertujuan kesempurnaan dalam semua hal. Kerut tunggal yang mendatar di antara mata anda?Kerut mendatar tersebut menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab. Anda mesti dapat tahu cara untuk meringankan beban anda.
TELINGA Telinga anda jabing?Telinga tersebut menunjukkan bahawa akal anda tidak biasa. Anda cerdik-pandai tapi anda juga seorang yang keras hati. Telinga anda runcing?Menunjukkan bahawa anda tidak sebagai berapa baik hati. Anda cerdik dan kreatif.
CUPING TELINGA Kerut tegak di cuping telinga anda?Berjaga-jaga untuk masalah jantung, anda perlu menjaga diri lebih baik. Cuping telinga anda bersambung dengan rusuk kepala?Anda suka mengarah dan memberi perintah. Orang lain melihat anda seorang yang berfikiran dangkal.
BULU KENING Bulu kening anda bertemu di tengah?Jangan ambil pusing hal-hal kecil. Akal anda selalu sibuk dan agak sukar untuk anda bersenang-lenang. Jangan selalu berkecil hati dan sedih. Bulu kening anda selalu tidak teratur dan liar?Bulu kening tersebut menggambarkan akal anda agak huru-hara dan tidak biasa. Anda boleh tidak berbudi. Anda boleh melihat segi semua dalam setiap isu yang mana mencampurkan anda dalam banyak pertengkaran. Selepas berkhayal berusia 30-an tahun, akhirnya anda mengatur diri sendiri dan berjaya.
MATA Mata anda berdekatan satu sama lain?Anda mempunyai pendekatan hidup sempit dan begitu berkira sangat. Walau bagaimana pun agak kurang sabar, anda boleh menilaikan dunia sekeliling anda dengan tepat dan menggunakan pengetahuan tersebut dengan baik. Mata anda berjauhan satu sama lain?Anda seorang penyabar dan berfikiran luas. Walau bagaimana pun, anda mudah ditipu juga dan bila hal berlaku buruk, anda selalu emosi. Mata anda ke dalam?Anda berwaspada dan pendiam. Walau bagaimana pun anda agak romantik, anda selalu realistik dalam percintaan. Biasanya anda berjaya setelah 30-an. Mata anda tersembul?Anda teguh hati dan egotistik. Anda benci jika anda dipotong oleh orang lain.
HIDUNG Berada bentuk seperti bola kecil di hujung hidung?Anda seniman atau seniwati dan anda menghargai mutu dan kecantikkan. Di hujung hidung anda berbentuk seperti bawang?Anda merindukan kesejahteraan dan anda menjadi seorang pengumpul.
MULUT Sudut mulut anda melengkung ke atas walaupun anda tidak tersenyum?Bererti anda selalu sedia mendengar yang terbaik daripada orang. Anda bersikap positif dan jarang bersendiri. Mulut anda melengkung ke bawah secara semulajadi?Anda bersikap mudah putus asa dan anda mencurigai kebanyakan apa yang anda dengar. Anda rasa tidak sangat rasa kecewa karena anda telah menjangkanya dari awal. Kebahagiaan datang agak lewat di hidup anda yang bermula lewat 40-an. GIGI Berada ruangan di antara gigi depan anda?Anda berani dan sanggup menanggung risiko. Tetapi anda selalu mengubah fikiran. Anda mempunyai dua gigi depan yang besar?Menggambarkan anda degil, tidak sabar dan perlu selalu diyakinkan. DAGU Dagu anda runcing?Anda suka menguasai. Cerdik dan peka dan agak kepala angin. Anda benci menerima perintah tanpa kejelasan kukuh. Dagu anda lemah?Anda suka kepada keamanan. Anda lebih suka mengikut perintah daripada memberinya. Anda menghindari konflik walau apa pun terjadi. Bahayanya iaitu kekurangan cita-cita dan tidak bersedia untuk bersara.
TAHI LALAT Tahi lalat berwarna kemerah-merahan selalu tanda keuntungan, mana saja munculnya. Tahi lalat gelap lebih sial, khususnya kalau mengubah bentuknya atau besarnya. Kalau tahi lalat mengubah bentuknya atau besarnya, beritahu doktor anda dan minta nasihat. Boleh ada tanda awal kanser kulit. Di tepi rambut: Kekayaan. Di antara bulu kening: Kebijaksanaan. Di hujung hidung: Kekayaan anda selalu bawah ancaman. Di bahagian dalaman telinga: Anda berbakat dan panjang umur. Di pipi sebelah kanan: Kehidupan anda berjaya. Di pipi sebelah kiri: Anda rajin. Di setiap pipi: Anda akan berjaya selepas bekerja keras
Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi....
Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”. Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan. Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?”. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa. “Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya. “Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi. Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.” Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.” Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur. Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
KISAH BUMI DAN LANGIT....
Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, “Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-anaman, beberapa gunung dan lain-lain.”
Berkata langit, “Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, ‘arasy, kursi dan syurga ada padaku.”
Berkata bumi, “Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik).”
Bumi berkata lagi, “Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama-utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syari’atnya juga di tempatku.”
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, “Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga.”
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, “Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau ‘Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini.”
Jibrail A.S. bertanya, ” Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?”
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, “Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu.”
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, “Mengapa engkau menangis, ya buraq?”
Berkata buraq, “Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.”
Berkata Jibrail A.S., “Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.”
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu’alam.
Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.
Fitnah terhadap wanita muslimah...
Pada suatu dahulu,seorang wanita muslimah meninggal dunia d Madinah.Dijadikan cerita,keluarganya mencari seorang wanita tukang memandikan mayat,tetapi wanita(tukang memandikan mayat) adalah seorang yang buruk percakapannya.
Ketika memandikan mayat wanita muslimah itu,wanita (tukang memandikan mayat) tersebut mengata mayat itu dengan kata-kata yang sangat keji.Wanita(tukang memandikan mayat) itu berkata,"kemaluan inilah yang dipakainya untuk berzina!"
Astaghfirullahhalazim,tiba-tiba kedua tangan wanita itu melekat di tubuh mayat wanita muslimah yang dikejinya.Ia berusaha untuk melepaskan kedua tangannya itu tapi gagal.Orang-orang yang berada d luar yang sedang menuggu mayat itu dimandikan sudah mula risau kerana lama sekali wanita itu memandikan mayat.
Setelah pihak keluarga menyusul,barulah mereka tahu apa yang terjadi.Keluarga tersebut cepat-cepat mengirimkan orang untuk menanyakan hal tersebut kepada beberapa ulama' d Madinah.Ada ulama' yang menyuruh tangan wanita itu dpotong dan dtanam bersama mayat tersebut.Ada yang suruh agar tubuh mayat itu sahaja yang dpotong untuk menyelamatkan wanita tukang memandikan mayat tadi.
Ulama' Madinah tidak boleh membuat keputusan tersebut,samada memotong kedua tangan wanita berkenaan atau memotong sebahagian tubuh mayat itu.Setelah keputusan ini tidak dapat dbuat,mereka pergi bertanya kepada Imam Malik bin Anas r.a.
Selepas mendengar cerita itu,Imam Malik r.a.terus datang ke tempat kejadian.Lalu beliau minta dberi kesempatan untuk mengusul tukang mandi itu dari bilik hijab.Ia bertanya kepada juru mandi itu(dari bilik hijab),"katakan dengan jujur apa yang telah kau tuduhkan kepada mayat ini?"Wanita itu menjawab dengan nada yang menyesal,"Aku telah menuduhnya berbuat zina ketika aku memandikannya!"
Setelah jelas dengan perkara itu, Imam Malik r.a. berkata kepada anggota keluarga dan saudara mara si mayat ,"Wanita tukang mandi itu telah melanggar hak si mayat.Ia telah melanggar hudud Allah Ta'ala,menuduh seorang wanita muslimah yang baik melakukan zina tanpa bukti dan saksi seramai 4 orang.Jadi, ia harus menjalani hukuman 80 kali sebatan.Kalau hukuman itu telah dilaksanakan, InsyaAllah kedua tangannya boleh terlepas dari tubuh si mayat...". Setelah hukuman itu djalankan,barulah kedua tangan wanita itu terlepas dangan sendirinya!
Kisah di sebalik wanita yang berhijab....
WASIAT UNTUK PARA MUSLIMAH
UKHTI MUSLIMAH….AKU WASIATKAN KEPADAMU….RENUNGILAH KISAH DI BAWAH INI.
Temanku datang dalam keadaan yang tidak seperti biasa, hari ini dia datang dengan menggunakan hijab. Teman-teman yang lain pula mulai mendekatinya, ingin mengetahui apa yang sebenarnya telah terjadi dengannya, kemudian salah seorang diantara kami bertanya :
“Loh? Ini baju baru model apa yang kamu pakai…Apa sebab kamu memakainya?” Dia menjawab dengan hati senang dan bangga , “ini adalah hijab yang Allah wajibkan kepada setiap muslimah, apakah kalian tidak mendengar Firman Allah : “Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. ” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ( QS Al Ahzab :59)
Dan apakah kalian juga tidak membaca Firman Allah : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung hingga ke dadanya ( QS An Nuur : 31)
Kemudian salah seorang dari kami bertanya dengan nada tidak senang …”Kenapa Islam mewajibkan wanita untuk menyembunyikan kecantikan dan keindahannya? ! Padahal keduanya adalah daya tarik dan perhiasannya?”
Diapun menjawab…”Ukhtiku yang mulia…Sesunguhnya hijab adalah perintah Allah yang Maha Pencipta dan Penyayang dan diwajibkan bagi seluruh kaum hawa .Tentulah Dia lebih mengetahui apa yang terbaik bagi hambaNya. Hijab ibarat kulit pembungkus mutiara, bukanlah untuk menutupi keindahan mutiara tetapi untuk memelihara dan menjaga agar keindahan dan kecantikannya tetap murni dan tidak ternoda.”
Ukhtiku yang baik, sesungguhnya disebalik jilbab yang syar’i itu terdapat makna kehidupan , iman dan kesopanan. Kerana kecantikan itu bukan disebabkan make up yang dipoleskan pada wajah, atau kerana pakaian-pakain yang menyesatkan, tapi sesungguhnya kecantikan yang sebenarnya berada dalam hati seorang mukminah yang kuat iman, sempurna akhlak dan cinta kepada Allah dan Rasulnya.”
Kami pun segera menghujaninya dengan pertanyaan baru…”Apakah kamu tidak kuatir justeru dengan hijabmu ini akan menghalangimu untuk mendapat jodoh? “
Dengan hati yang mantap kembali dia menjawab…”Apakah kalian belum mengetahuinya wahai saudariku muslimah “…Wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik ….” (QS An Nuur :26)
“Wahai saudariku muslimah…Sesunguhnya aku tidak akan pernah rela menikah kecuali dengan laki-laki yang berpegang teguh terhadap agama Allah dan inilah yang kujadikan cita-cita untuk kehidupanku di masa yang akan datang. Adapun seorang suami yang memperbolehkan isterinya untuk memperlihatkan perhiasannya di depan umum dan menghinakannya di hadapan manusia , apakah dia tidak menyedarinya bahawa sesungguhnya dia telah mengambil hak Allah, kalau begitu bagaimana laki-laki seperti itu mampu menjaga diriku dari api neraka?”
Kembali seorang dari kami bertanya : “Wahai ukhtiku , bagaimana dengan mereka yang akan mengejekmu dan menuduhmu sebagai orang yang ketinggalan zaman?” dia pun kembali menjawab : “ Kenapa kamu mempercayai kata-kata syaitan dan teman-temannya yang selalu berusaha menjauhkan kita dari jalan Allah? Sesungguhnya kebatilan itu walaupun terletak di dalam sumur yang dalam, pastilah akan tetap berusaha untuk terus menggodamu hingga kamu mengikutinya dan akhirnya menghiasimu dengan perbuatan buruk yang hanya menjadikan kamu terlihat indah di hadapan manusia. Inilah keburukan yang sebenarnya !!! Iaitu ketika kita mengikuti kata- kata syaitan hanya untuk terlihat baik di mata manusia…”
“Wahai ukhti muslimah…aku nasihtkan kepadamu sekalian…Sesungguhnya hanya ada dua pilihan bagi kalian, tinggal di neraka untuk selamanya atau tinggal di syurga untuk selamanya dan tidak ada kata lain untuk lari dari apa yang telah Allah dan RasulNya tetapkan , sabda Rasul :
Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat (pada zaman ini) satu kaum yang memegang pecut(cemeti) bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia , dan perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi seperti telanjang , merayu-merayu menarik hati dan berlengang-lengang membesarkan kondenya bagaikan punggung untuk yang mereng, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya padahal baunya sungguh bias tercium dari jarak perjalanan lima ratus tahun. ( Hadis Riwayat Muslim)
“Ukhtiku muslimah , apa gunanya menutupi sebahagian badan tetapi membuka sebahagian yang lainnya atau memakai pakaian pnjng akan tetapi ketat sehingga membuat mata laki-laki terpesona? ..Apakah kamu mahu mengikuti budaya barat yang membuat kemuliaanmu terletak dipakaian yang dipersempit. Hati-hatilah, kalian adalah murobbi umat dan dari tangan kalianlah akan lahir generasi -generasi handal . Hati-hatilah , kamu ibarat bintang kejora yang sedang bersinar yang sinarnya akan mempengaruhi segala sesuatu disekelilingnya ..”
Saat itu aku pun menyedari akan kebenaran kata-katanya , ucapannya terus merasuk ke lubuk hatiku yang paling dalam. Timbul keinginan dariku untuk kembali ke jalan Allah dengan menghidupkan iman dan keyakinan yang kuat , aku pun ingin merasakan manisnya ketaatan…Berlinanglah air mataku sebagai tanda penyesalan.
Kemudian aku pun berkata “ Ukhtiku …Semoga Allah membalas kebaikanmu..ajarilah aku bagaimana hijab yang syar’i itu? Aku ingin memperbaiki diriku dihadapan robbku dan sungguh aku menyesali segala perbuatan maksiat yang pernah aku lakukan .”
Wahai muslimah…sesunguhnya diwajibkan bagi kamu untuk menyembunyikan perhiasanmu dan hendaklah akhlakmu adalah sifat malu dan kesopanan adabmu adalah islam , hiasanmu adalah taqwa kepada Allah, qona’ah dan redha kepada Robbmu dan diwajibkan kepadamu untuk memakai baju panjang yang menutupi seluruh badan . Lebar dan tidak sempit , tidak menonjolkan anggota tubuh , tidak melenakan pandangan laki-laki , tidak juga menyerupai pakaian kaum laki-laki dan tidak menjadi buah bibir orang.
Wahai muslimah, hati-hatilah dari menyelisihi petunjuk Islam yang akhir-akhir ini sering terjadi seperti memakai minyak wangi ketika keluar rumah , memakai baju yang ketat dan terbuka atau memakai celana panjang , ataupun mewarnakan kuku yang bisa menghalangi air sampai ke tempat-tempat wajib wudhu sehingga merosak keabsahannya. Sungguh menyedihkan kerana hal ini banyak dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya berhijab.
Dan kepada para muslimah yang istiqomah hendaklah selalu berakhlak mulia dan berpegang teguh terhadap syariat Allah:
“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka) “ (QS Al Hadid: 16)
BERBAIK SANGKA...
BERSANGKA-SANGKA
ADA SANGKAAN BAIK
ADA SANGKAAN BURUK
~~~~~
ORANG BERIBADAH DISANGKA RIAK
ORANG YANG RELAX� DISANGKA� MALAS
ORANG YANG PAKAI BAJU BARU DISANGKA MENUNJUK
~~~~~
ORANG YANG BAJU BURUK� DISANGKA ZUHUD (HINA)
ORANG YANG MAKAN BANYAK DISANGKA PELAHAP
ORANG YANG MAKAN SIKIT DISANGKA� KEDEKUT
ORANG YANG BAIK DISANGKA BURUK, ORANG BURUK DISANGKA BAIK
~~~~~
ORANG� SENYUM DISANGKA� MENGEJEK
ORANG MASAM DISANGKA MERAJUK
ORANG BERMUZAKARAH DISANGKA MEGUMPAT
ORANG DIAM DISANGKA SOMBONG
ORANG MENAWAN DISANGKA PAKAI SUSUK
ORANG NAMPAK CERIA DISANGKA MEMBELA
~~~~~
MANA TAU YANG DIAM ITU KERANA
BERZIKIR KEPADA ALLAH
MANA TAHU YANG SENYUM ITU KERANA BERSEDEKAH
MANA TAHU YANG MASAM ITU
KERANA MENGENANGKAN DOSA
~~~~~
MANA TAHU YANG MENAWAN ITU KERANA
BERSIH HATI DAN MINDANYA
MANA TAHU YANG CERIA ITU KERANA CERGAS CERDASNYA
~~~~~
JAUHI SIKAP SUKA BERSANGKA SANGKA
KERANA IA BAKAL MEMUSNAHKAN� UKWAH
SAPERTI MUSNAHNYA KAYU DIMAKAN API
SATU BENDA YANG KITA LIHAT,
MACAM MACAM KESIMPULAN
YANG BOLEH KITA BUAT, SEMUANYA BERGANTUNG
BAGAIMANA KITA MELIHATNYA.
“TEGAKKAN ISLAM DALAM DIRI KAMU……NESCAYA
ISLAM AKAN TERTEGAK DIATAS BUMI KAMU”
~~~~~
- IMAN AL-SYAHID HASSAN AL- BANNA.

