Saturday, December 19, 2009

Cara Rawat Sihir 'Holy Water' Kristian



"
Cara penyebaran agama Kristian :

Mereka mendekati orang yang mempunyai masalah percintaan, masalah kewangan, masalah keluarga, masalah belajar dan sebagainya.

1. Mereka sering berjumpa dan beramah mesra dengan orang tersebut supaya mereka menjadi mesra dengan orang yang bermasalah tersebut.

2. Mereka menyelami masalah orang tersebut dengan memberikan saranan dan nasihat yang berkaitan dengan agama kristian.

3. Mereka berikan duit kepada orang tersebut sambil berkata pertolongan perlu diberikan tanpa mengira agama. Mereka juga menyediakan berbagai-bagai kemudahan kepada orang tersebut.

4. Mereka bawa orang tersebut menaiki kereta sambil memasang ceramah kristian supaya didengari orang tersebut.

5. Mereka membawa atau mempelawa orang tersebut ke rumah mereka, apabila orang tersebut setuju mereka terus bawa ke rumah. Apabila berada di rumah mereka menceritakan tentang kristaan dan memasang ceramah kristian.

6. Mereka memberi minuman Holy Water kepada orang tersebut. Setelah minum Air Holy Water tersebut, lidahnya menjadi hitam, tidak tahu untuk mengucap, lupa kepada agama Islam, Rimas apabila mendengar laungan azan dan ayat suci Al-Quran. Mereka lupa kepada keluarga mereka dan sebagainya.

7. Mereka akan membawa orang tersebut ke gereja untuk memurtadkannya keluar dari agama Islam.

8. Mereka memberi elaun kepada orang tersebut pada setiap kali beliau mengunjungi gereja sebanyak RM 50.00.

9. Mereka yang Berjaya memurtadkan seorang umat Islam melayu akan dibayar sebanyak RM 300.00. Jika mereka dapat selain dari Melayu Islam mereka akan dibayar RM 150.00 seorang.


Cara mengubati orang yang terminum Holy Water :

1. Sediakan Air minuman seperti air kosong atau air putih.
2. Mulakan dengan membaca Bismillah dan Surah Al-Fatihah.
3. Baca Ayat Kursi sebanyak 7 kali.
4. Baca 4 Khul iaitu Surah Al-Kafirun, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falak dan Surah Al-Nas.
5. Baca Selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak tujuh kali atau angka ganjil.
6. Setelah selesai membaca semua yang di atas hambuskan ke dalam air tersebut.
7. Berikan setengah air yang ditawarkan itu kepada pesakit minum.
8. Sebahagian air yang ditawarkan itu dicampurkan ke dalam air mandi pesakit tersebut.
9. Mandikan pesakit tersebut sehingga semua air campuran itu kena semua anggota tubuhnya.
10. Setelah selesai mandi ajarkan pesakit mengucap Dua Kalimah Syahadah perlahan-lahan.
11. Laksanakan Solat Sunat Hajjat dua rakaat dan memohon pertolongan Allah.
12. Jika pengubatan ini tidak berkesan, boleh diulangi lagi teknik ini. Jika tidak berkesan juga haruslah dibawa kepada orang yang lebih arif dalam bidang ini.

Friday, December 18, 2009

Taniah Buat Pasukan Malaysia.....

Kepada pasukan Malaysia yang berjaya dapatkan emas semalam. Dah 20 tahun di nantikannya. Mungkin itu untuk kita semua buat hadiah tahun baru dalam bulan islam... Jadi di kesempatan ini ingin saya ucapkan selamat menyambut awal muharam 1431. Yang mane ada azam yang blum tunaikan mari la kita same2 tunai kan dulu.

Wednesday, December 16, 2009

Selamat Jawab Soalan RAE Semua...

Salam kepada semua rakan-rakan RA semua. Di kesempatan ini saya harap kepada semua rakan RA yang ambil RAE semoga berjaya dalam ujian itu. Semoga ramai lagi rakan-rakan yang ada AA boleh berQSO di udara. Saya doa kan semaunya pas dalam ujian itu. Tapi resa agak sedih gak tak dapat bersama-sama kawan-kawan ke sana, di sebabkan terlalu sebok dengan tugasan yang ada. Sampai di sini dulu corektan yang saya dapat tuliskan. Pergi dengan nama SWAL balik Dengan name 9W2???. Semoga berjaya. Jumpe lagi 73........ Over......

Monday, December 14, 2009

Maksud Singkatan'' A'kum'

Assalamu’alaikumUntuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum”dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jikaperkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti denganperkataan “Salam” iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lahkita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A’kumdalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM’ adalah gelaran untukorang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG’ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT’.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum”,kita ingatkan dia guna “Salam” kerana salam ialah dari perkataanAssalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADATEMAN TEMAN MU, KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU , AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN

Sunday, December 13, 2009

Cinta ilahi...

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMU,agar bertambat kekuatanku untuk menyintaiMU...

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.....

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMU..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU..

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekashMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..

Amin...

Kriteria Lelaki Soleh...

Sama-sama kita teliti kriteria Lelaki Soleh impian Wanita Solehah... Walaupun kita sendiri sebagai wanita muslimah punya banyak kelemahan, namun jauh di sudut hati tentunya mengimpikan seorang lelaki yang soleh yang bakal meminpin bahtera dalam rumahtangga yang kita bina. Moga-moga dengan hadirnya pemimpin yang soleh dalam rumahtangga, bakal mencorakkan rumahtangga yang soleh juga... Tetapi perlu diingat, sekalipun kita punya kelemahan dari pelbagai aspek, jangan terus-terusan hidup dalam kekurangan dan kelemahan tersebut. Sedaya mungkin, kita juga perlu berusaha ke arah menjadi wanita solehah yang diimpikan... Insya Allah, mudah-mudahan... Mari sama-sama kita baca...
1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hidupnya.
3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat menjadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12.Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13.Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14.Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15.Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.
16.Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi kebodohan manusia,sentiasa saling koreksi sesama ikhwan dan tawadhu' penuh kepada Allah swt.
17.kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.
Selain daripada ciri-ciri di atas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt setelah para nabi dan orang-orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Friday, December 11, 2009

Cemburu Seorang Suami...


cemburu seorang suami dan ayah adalah WAJIB bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi, Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi..

"( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )Disini Allah dan RasulNya menegaskan para suami dan ayah perlu mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.BILA LELAKI PERLU CEMBURUSecara mudahnya, lelaki perlu CEMBURU untuk mengelakkan diri dari digelar DAYUS dan perlu menegah daripada berlaku kemungkaran seperti gejala berikut:

* Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

* Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

* Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

* Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

* Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya

* Membiarkan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

* Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

* Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata.

* Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang munasabah oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

* Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

* Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

* Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

* Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)