Tuesday, July 21, 2009

Sejarah Kuala Kangsar

Kuala Kangsar adalah merupakan Bandar DiRaja bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama daripada kuala Sungai Kangsar yang bertemu dengan Sungai Perak.

Kuala Kangsar juga merupakan sebuah daerah yang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar yang beralamat di Jalan Raja Chulan, 33000 Kuala Kangsar.

SEJARAH

Negeri Perak lahir dari aliran air yang menebing di Sungai Perak daripada puncaknya di Ulu Belum hinggalah ke muaranya di Selatan Melaka. Dari zaman awal lagi orang tertarik dengan keistimewaan sungai ini lalu memudikinya sambi mencari tebing yang baik untuk mendarat. Mereka adalah peneroka yang datang membuka tempat baru dan berinteraksi dengan pribumi hingga menjadi orang Perak seperti yang ada sekarang.

Mereka memudik dengan sampan hingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka kuala sungai ini adalah bersempena, lebih-lebih lagi tebingnya rendah, tanahnya subur dan permandangannya sungguh indah. Kebetulan mengikut kiraan mereka kuala sungai ini ialah yang ke seratus kurang satu, atau 'Kuala Kurang Sa'. Kononnya itulah nama asalnya, "Kuala Kurang Sa" dan kemudiannya disebut "Kuala Kangsar" sahaja.

Walaubagaimanapun, Kuala Kangsar sebenarnya adalah satu lokasi yang sangat baik, bukan sahaja sesuai sebagai tempat mendarat, tetapi memang baik untuk penempatan, untuk bercucuk tanam, untuk pusat perniagaan. Di daratnya seseorang boleh meneruskan perjalanan menyusur sungai hingga ternampak Gunung Pondok, iaitu satu mercutanda yang memandu orang dalam perjalanan ke Larut ataupun dari Larut.

Berdasarkan keistimewaan ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa Kuala Kangsar dan kawasan di sekelilingnya adalah tempat tua, sudah berabad-abad lamanya didiami orang.Pokok getah yang pertama ditanam di Malaysia yang kini berusia lebih 100 tahun masih hidup subur di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar. Saiznya tiga atau empat pemeluk.

Terdapat 9 buah Mukim di Daerah Kuala Kangsar iaitu:
1.Mukim Chegar Galah
2.Mukim Kota Lama Kiri
3.Mukim Lubok Merbau
4.Mukim Kampung Buaia
5.Mukim Senggang
6.Mukim Saiong
7.Mukim Kota Lama Kanan
8.Mukim Sungei Siput
9.Mukim Pulau Kemiri


Saturday, July 18, 2009

Assakamualaikum


Salam sejahtera dan ceria-ceria buat semua para pengunjung blog ini.

Blog ini adalah tentang aktiviti harian saya untuk saya ingati sambil tatapan para pengunjung.

Saya masih muda terang tang tang dan mentah dalam apa jua bidang, pengalaman ada sedikit sahaja, jadinya yang sedikit itulah hendak saya kongsikan bersama rakan-rakan.

Saya sekarang aktif bersama rakan radio amatur Perak dan daerah Kuala Kangsar khasnya.

Rakan-Rakan RA saya termasuklah 9w2PHJ,9W2IPT, 9W2DJJ, 9W2 MPB dan lain-lain lagi.

Oleh itu saya menantikan tunjuk air atau pun komen-komen dari para pengunjung.

Ucapan setinggi terima kasih saya dahulukan.